Perintah memotong kuku dalam islam berdampak pada kesehatan
1. Hukum Dan Hikmah Memotong Kuku
Memotong kuku adalah amalan sunah. Sebagaimana disebutkan dalam hadis
dari ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha: “Sepuluh perkara yang termasuk fitrah
(sunnah): memotong kumis, memelihara jenggot, bersiwak, memasukkan air
ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak,
mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria:
“berkata Mus’ab: “Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur.”
Sekali lagi ini adalah bentuk menghilangkan segala kotoran yang melekat di celah kuku, apalagi jika kuku dibiarkan panjang.
2. Cara Dan Benda Untuk Memotong Kuku
Menurut Imam an-Nawawi, sunah memotong kuku bermula jari tangan kanan
keseluruhannya dan dimulai dari jari kelingking lalu sampai pada ibu
jari, kemudian tangan kiri dari jari kelingking ke ibu jari.
Sementara alat untuk memotong kukunya dapat menggunakan gunting,
pisau atau benda khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau
jari seperti alat pemotong kuku.
Setelah selesai memotong kuku, sebaiknya segera membasuh tangan
dengan air. Ini karena jika seseorang itu menggaruk anggota badan,
dikahawatirkan akan menyebabkan penyakit kusta.
Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh
memotong kuku dengan menggunakan gigi juga akan menyebabkan penyakit
kusta.
3. Waktu Memotong Kuku
Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik:
“Telah ditentukan waktu kepada kami memotong kumis, memotong kuku,
mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak
membiarkannya lebih daripada empat puluh malam.”
“Adapun menurut Imam asy-Syafi’e dan ulama-ulama asy-Syafi’eyah,
sunah memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma’at,
sebagaimana disunatkan mandi, bersiwak, memakai wewangian, berpakaian
rapi sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan shalat Juma’at,” (Hadis
riwayat Muslim)
4. Menanam Potongan Kuku
Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawa Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhu menanam potongan kuku.
5. Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub
Menurut kitab Al-Ihya’, jika seseorang dalam keadaan junub atau berhadas
besar, janganlah dia memotong rambut, kuku atau memotong sesuatu yang
jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan
itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.
6. Memanjangkan Kuku Dan Mewarnainya ( Cutex)
Tabiat memanjangkan kuku dan membiarkannya tanpa dipotong adalah
perbuatan yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad Shallallahu
‘alaihhi wasallam, karena beliau menggalakkan supaya memotong kuku. Jika
dibiarkan kuku itu panjang, niscaya banyak perkara-perkara yang
membabitkan hukum seperti wudhu, mandi wajib dan sebagainya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar